Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengikut mazhab Syiah Nigeria hari ini menyambut hari raya dengan penuh dukacita berikutan terbunuhnya 33 orang penunjuk perasaan dalam demonstrasi aman Hari al-Quds Sedunia baru-baru ini.
Meskipun begitu, insiden berdarah itu tidak menghalang mereka dari mengadakan solat Aidul Fitri secara besar-besaran yang diimamkan Sheikh Ibrahim Zakzaki yang beliau sendiri kehilangan 3 anaknya dalam kejadian tersebut.
Dalam khutbah pertama Sheikh Zakzaki membaca salah satu khutbah Amirul Mukminin (a.s) dan berkata, "Tatkala Imam Zaman (a.f.s) zuhur kelak, masalah ini akan dihukum menurut sunnah Nabi (s.a.w)."
Beliau dalam khutbah kedua turut mengulas tentang kekerasan yang dilakukan pasukan keselamatan Nigeria terhadap penunjuk perasaan Hari al-Quds Sedunia dengan mengingatkan dalang kejadian ingin menjadikan peristiwa ini sebagai pertumpahan darah antara puak tertentu.
Tambah beliau lagi, saksi kejadian melaporkan sekumpulan individu berpakaian seragam tentera membawa senjata yang tertera sebagai hak milik kerajaan.
Beliau hampir tidak percaya kerajaan pilihan rakyat melakukan pembunuhan tersebut, namun katanya pengikut mazhab Syiah tidak seharusnya tertipu dengan muslihat kerajaan yang cuba menuduh kumpulan pengganas Boko Haram sebagai dalang kejadian.
Menurut beliau berkata pihak kerajaan telah menembah di bahagian perut salah seorang anaknya yang bernama Muhammad, manakala anak-anaknya yang lain bernama Ahmad, Hamid dan Ali telah ditangkap. Ketika beliau menuntut pembebasan ketiga-tiga mereka, pihak tentera memberikan alasan bahawa anak-anaknya telah dikirim ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan. Ketika itu anak saya masih hidup, namun mereka telah menembak Ahmad sebanyak tiga kali ketika berada dalam kenderaan dan tubuhnya dilempar keluar. Ahmad masih hidup dan mereka mematahkan kaki serta tanggannya dipatahkan ketika berbicara. Ketika itu Ali juga dipukul dan dikeji. Hamid pula ditikam dengan pisau betubi-tubi termasuk di bahagian muka dan kepala ketika cuba membela Ali sehingga meninggal dunia.
"Ahmad meninggal dunia serta merta namun Hamid cuba berbicara dengan mereka. Pihak tentera yang melihat Hamid masih mampu bercakap, mereka bertindak menyerangnya sehingga yakin bahawa beliau benar-benar meninggal dunia dan kali terakhir mereka menembak di bahagian kakinya. Individu yang menangkap anak-anak saya merupakan seorang komandan tentera. Ketika ditangkap saya minta dia membebaskan anak saya. Jawabnya, dia akan membebaskan mereka, namun bukan ketika masih bernyawa. Namun dengan bantuan Allah, anak saya bernama Ali telah bebas dan beliau menyaksikan sendiri bagaimana saudara-saudaranya dibunuh dengan kejam. Mereka ini cuba menimpakan musibah ke atas umat Islam di negara ini," jelas beliau.



























